
Masih ramai yang tidak tahu cara siang udang yang betul supaya saiznya kekal besar dan tidak mengecut selepas dimasak. Dengan cara ini, udang akan nampak lebih cantik dan lebih presentable apabila dihidangkan di atas pinggan.
Rupa-rupanya, ada teknik rahsia daripada seorang chef tentang cara menyiang udang. Jom kita lihat langkah demi langkah supaya udang anda nampak lebih penuh, cantik dan menggiurkan di atas pinggan!
CARA SIANG UDANG SUPAYA TAK KECUT & NAMPAK ‘GEMUK’ BILA DIMASAK
1. Kenal Pasti Kedudukan Mata Udang

Langkah pertama, pegang udang dengan kemas. Cari bahagian mata udang tersebut. Ini adalah ‘marker’ utama untuk kita mulakan potongan.
2. Potong Di Belakang Mata & Trim Bahagian Tajam

Gunakan gunting dapur yang tajam. Jangan potong terus seluruh kepala! Sebaliknya, ikut langkah ini:
- Potong belakang mata: Buat potongan sedikit di bahagian belakang mata udang. Ini bertujuan untuk membuang bahagian kotoran tanpa menjejaskan struktur kepala.
- Trim ‘senjata’ udang: Jangan lupa trim muncung tajam (rostrum) yang keras di bahagian atas kepala tu. Ini penting supaya tak luka mulut atau gusi masa tengah syok makan nanti!
- Buang ‘misai’: Gunting sekali sesungut atau misai yang panjang supaya udang nampak kemas dan tak “berserabut” dalam kuali.
3. Trim Bahagian Ekor

Selain kepala, jangan lupa trim sedikit bahagian hujung ekor udang. Ini supaya udang nampak lebih kemas dan tidaklah “berserabut” sangat bila dah masuk dalam kuali nanti.
4. Tak Perlu Buang Kulit Semua?

Mengikut perkongsian tersebut, isi udang tak perlu dibuang kulit sepenuhnya jika anda mahukan udang kelihatan “gemuk”. Kulit udang membantu mengekalkan saiz isi supaya tidak terlalu mengecut (shrink) bila terkena haba panas semasa menumis.
Sumber: Thread @nonie_kim_official
Baca juga: Patutlah Masakan Kurang ‘Kick’, Rupanya Salah Guna Jenis Bawang Merah! Ini Cara Pilih Yang Betul…
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














