
Siapa di sini yang bila pergi pasar atau pasar raya, terus ambil sahaja bawang merah dan masukkan ke dalam plastik? Asalkan nampak merah, terus ambil tanpa banyak fikir, kan? Sebenarnya, cara pilih bawang merah yang betul sangat penting supaya masakan lebih sedap dan tidak hambar.
Rupa-rupanya, bukan semua bawang merah dicipta sama. Kalau tersalah pilih, bukan sahaja bawang cepat busuk, malah rasa masakan juga boleh jadi kurang “ummph” dan kurang beraroma.
Ada beberapa tip pemilihan bawang yang mungkin akan mengubah cara membeli bahan dapur selepas ini. Jom lihat perbezaan antara bawang yang penuh rasa dengan bawang yang kurang berkualiti atau “hambar”.
Baca juga: Petua Mudah Hilangkan Kutu Beras Guna ‘Tuala Putih’, Ramai Yang Tak Tahu Cara Ini Kan?
CARA PILIH BAWANG MERAH SUPAYA MASAKAN LEBIH BERAROMA
Ciri-Ciri Bawang Yang Berperisa (Flavorful)

Untuk dapatkan rasa masakan yang sedap, pastikan anda memilih bawang dengan ciri-ciri ini:
- Warna: Merah jambu (pink) atau merah yang cerah.
- Kulit: Nipis dan tekstur nipis seperti kertas (papery skin).
- Bahagian Hujung: Hujung bawang mestilah tertutup rapat dan kemas.
Ciri-Ciri Bawang Yang Kurang Rasa (Not Flavorful)

Elakkan mengambil bawang yang kelihatan seperti berikut supaya masakan tidak menjadi hambar:
- Warna: Ungu gelap atau nampak kusam.
- Kulit: Lapisan kulit luar tebal dan terlalu kering.
- Bahagian Hujung: Bahagian atas nampak terbuka, tidak rata atau lompong.
Sumber: Artkala4u
Baca juga: Pokok Cili Dalam Pasu Lesu & Tak Berbuah? Ini Cara ‘Hidupkan Semula’ Sampai Merimbun!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














