resepi piza

Kalau anda sedang mencari resepi piza yang mudah, jimat dan boleh hasilkan banyak sekali gus, versi piza loyang ini memang pilihan terbaik. Doh yang digunakan lembut dan gebu, sesuai untuk pelbagai jenis topping ikut selera keluarga di rumah.

Resipi ini sangat praktikal kerana boleh menghasilkan sehingga 3 hingga 4 loyang piza dalam satu adunan. Hasilnya bukan sahaja puas makan, malah sesuai juga untuk hidangan santai, jamuan atau bila ada tetamu datang ke rumah.

Baca juga: Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Homemade Paling Rangup & Juicy, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

RESEPI PIZA LOYANG GEBU (DOH ASAS LEMBUT)

resepi piza

Resepi ini boleh menghasilkan kira-kira 3 hingga 4 loyang piza bergantung pada saiz loyang yang digunakan.

Bahan-bahan doh:

  • 530g tepung gandum
  • 50g minyak jagung (boleh juga guna minyak masak biasa)
  • 40g gula pasir
  • 11g yis kering (1 peket)
  • 7g garam
  • 375g susu segar suam (boleh ganti air suam)

Pilihan Topping:

Anda boleh pilih ikut cita rasa sendiri. Antara topping popular:

  • Tuna mayonis
  • Sos Prego tradisional
  • Keju mozzarella
  • Nanas dalam tin (potong kiub kecil)
  • Lada benggala
  • Sosej
  • Crab stick
  • Udang rebus
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Oregano

Versi topping penuh (cadangan gabungan):

Tuna mayonis, sosej, crab stick, udang, nenas kiub, bawang besar, cili padi hiris, keju serbuk, mozzarella cheese dan oregano. Akhir sekali ditambah mayonis di atas sebagai hiasan.

Cara-cara penyediaan:

1. Bancuh doh

Satukan yis, gula, susu suam (atau air suam) dan minyak. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan garam sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.

2. Rehatkan doh

Sapukan sedikit minyak pada bekas. Masukkan doh, tutup dan rehatkan selama 1 jam sehingga doh naik cantik.

3. Bentukkan piza

Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut saiz loyang. Leperkan menggunakan penggelek.

4. Sediakan loyang

Sapu minyak pada loyang supaya tidak melekat. Letakkan doh dan cucuk-cucuk permukaan dengan garfu.

5. Susun topping

Sapukan sos Prego sebagai asas. Susun semua bahan topping pilihan. Tabur mozzarella cheese, oregano serta tambah sos atau mayonis jika suka.

6. Bakar piza

Panaskan oven 5–10 minit terlebih dahulu. Bakar pada suhu 220–230°C (api atas dan bawah) selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak sempurna.

Tip Resepi Piza Lebih Sedap

  • Pastikan doh cukup rehat supaya hasil lebih gebu
  • Jangan letak topping terlalu tebal supaya piza tidak lembik
  • Gunakan keju secukupnya untuk tekstur lebih “cheesy”
  • Panaskan oven terlebih dahulu untuk hasil bakar sekata

Resepi piza loyang ini sangat sesuai untuk anda yang mahu hidangan besar, jimat dan mudah dibuat di rumah. Dengan doh yang lembut serta pilihan topping yang pelbagai, setiap keping piza pasti memuaskan selera keluarga.

Resipi ini juga fleksibel, anda boleh ubah suai topping ikut bahan yang ada di dapur tanpa menjejaskan rasa asasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Mini Pizza Guna Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Mesti Anak Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN