sup tulang ala thai

Nak rasa sup tulang ala Thai yang pedas, masam dan wangi, mudah disediakan di rumah? Resipi ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, penuh perisa dari tulang daging dan rempah ratus pilihan.

Sup ini sedap dinikmati panas-panas, boleh ditambah sayur pilihan seperti lobak merah, kentang atau tomato. Aroma wangi bawang, halia dan serai pasti buat keluarga tak sabar nak makan!

Baca juga: Wanita Non-Muslim Turut Sarankan Pilih Tulang Halal Untuk Masak Sup, Rupanya Ini Sebabnya…

RESIPI SUP TULANG ALA THAI

sup tulang ala thai

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang daging
  • Air secukupnya
  • Sup bunjut secukupnya
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga)
  • 2 inci halia (mayang)
  • 1 labu bawang besar (wedges)
  • Bawang putih dan bawang merah (mayang)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • ½ inci lengkuas (mayang)
  • 15 biji lada hitam dan 15 biji lada putih (tumbuk)
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Cili padi (ketuk)
  • Garam / serbuk perasa secukup rasa
  • Air limau nipis secukupnya
  • Sayur pilihan: lobak merah, tomato, kentang, batang saderi

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus tulang – Masukkan tulang, air, sup bunjut, halia, serai, lengkuas dan garam. Rebus hingga tulang empuk dan glegak.

2. Tumis rempah wangi – Tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih dan bawang merah (simpankan sedikit bawang merah untuk taburan). Masukkan tumisan ke dalam kuah.

3. Perasa pedas – Masukkan lada hitam, lada putih dan cili padi. Biarkan mendidih hingga tulang lembut.

4. Siap untuk dihidang – Tambah air limau nipis secukupnya, tabur daun sup dan daun bawang. Masukkan sayur pilihan ikut selera.

Tip Tambahan

  • Rebus tulang lebih lama untuk kuah pekat dan penuh perisa.
  • Tumis rempah sebelum masuk sup untuk aroma wangi meletup!
  • Air limau boleh tambah ketika menghidang untuk rasa segar.

Nikmati sup tulang ala Thai panas-panas dengan nasi atau roti. Confirm sedap, wangi, pedas masam dan semua pasti suka!

Selamat mencuba!

Sumber: Tg Khuzanika

Baca juga: Chef Dedah Rahsia Buat Sup Tulang Paling ‘Power’, Hasil Kuah Jernih, Berlemak & Penuh Jiwa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN