bonanza berkat

Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Media Prima Berhad membawakan sesuatu yang istimewa untuk semua penonton setia iaitu Bonanza Berkat, peraduan Duit Raya yang penuh rezeki dan kejutan!

Berlangsung dari 28 Februari hingga 27 Mac 2026, peraduan ini adalah sebahagian daripada kempen Ramadan Raya Sama-Sama Berkat.

Konsepnya mudah dan santai, sesuai untuk semua yang nak tambah duit raya lebih sikit tahun ini. Jadi, kalau anda tengah plan nak shopping Raya atau simpan untuk raya nanti, inilah peluang yang sesuai!

bonanza berkat

Baca juga: Rev Media Group Menang 7 Trofi Di MDA d’Awards 2025, Termasuk Penerbit Digital & Agensi Kandungan Terbaik!

Macam Mana Nak Sertai ‘Bonanza Berkat’?

Caranya senang sahaja! Setiap minggu, Media Prima akan lepaskan 5 keyword berbeza pada setiap hari Sabtu. Keyword ini boleh didapati daripada platform-platform popular Media Prima iaitu:

  • TV3
  • TONTON
  • HOTFM
  • WAKTUSOLATMALAYSIA
  • HARIAN METRO

Apa yang perlu anda buat:

  1. Kumpul sebanyak mungkin keyword.
  2. Hantar penyertaan di tonton.com.my/bonanzaberkat.
  3. Pastikan submit sebelum 12PM setiap hari Jumaat.

Lagi banyak keyword yang dihantar, lagi tinggi peluang untuk menang!

Apa Hadiahnya?

Setiap minggu, terdapat 50 pemenang yang akan membawa pulang RM100 Duit Raya. Dan bestnya, peraduan ini berlangsung selama 4 minggu berturut-turut, bermakna peluang untuk menang memang banyak!

Jadi, jangan lepaskan peluang. Layari tonton.com.my/bonanzaberkat untuk tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan dan detail penuh. Mulakan kumpul keyword minggu ini, siapa tahu rezeki Raya anda tahun ini datang lebih awal!

Baca juga: 200 Nasi Lemak Percuma Rai Kemenangan Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Paling Best Di Lembah Klang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN