
Nigerian Egg Roll ialah kudapan popular dari Nigeria yang kini semakin digemari ramai di Malaysia. Teksturnya gebu seperti roti, berinti telur rebus dan digoreng hingga perang keemasan, memang sedap dimakan panas-panas!
Resipi perkongsian Kak MJ di Facebook ini antara yang paling mudah dan menjadi. Tak perlu teknik rumit, bahan pun ringkas. Sesuai untuk minum petang, bekal anak atau idea jualan homemade.
Baca juga: Resepi Egg Tart Mixue Viral, Gabungan Aiskrim & Tart Lembut Yang Buat Ramai Tak Percaya Sedapnya!
RESIPI NIGERIAN EGG ROLL GEBU

Bahan-bahan:
- ½ kg tepung gandum
- 2 sudu teh mauripan
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu besar butter
- 1 sudu besar esen vanilla
- Telur ayam (direbus dan dikupas)
- Air suam secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus telur sehingga masak, sejukkan dan kupas kulit. Ketepikan.
2. Campurkan tepung gandum, mauripan, gula dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan butter dan esen vanilla. Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh lembut dan tidak melekat.
3. Tutup doh dan biarkan selama 30–45 minit sehingga naik dua kali ganda.
4. Ambil doh secukupnya, leperkan dan balut telur rebus sehingga kemas.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng sehingga garing dan berwarna perang keemasan. Angkat dan toskan.
Tips Supaya Nigerian Egg Roll Jadi Cantik & Gebu
- Doh jangan terlalu keras, cukup lembut dan elastik
- Minyak sederhana panas supaya doh masak sekata
- Tutup balutan doh rapat untuk elak pecah semasa goreng
Kalau anda belum pernah cuba Nigerian Egg Roll, inilah masanya. Resipi ringkas ini memang sesuai untuk beginner dan confirm jadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak MJ
Baca juga: Resipi Golden Egg Ball Rangup Ala Sushi King, Anak Sampai Berebut Nak Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














