resepi ikan pekasam

Ikan pekasam memang terkenal sebagai lauk kampung yang unik dan menyelerakan. Kali ini, kami kongsikan resepi ikan pekasam pecah telur yang mudah disediakan dan pasti memikat selera semua orang di rumah.

Selain mudah dan cepat, resipi ini juga fleksibel. Anda boleh menambah bawang atau cili mengikut cita rasa, menjadikannya lebih pedas atau manis. Sesuai untuk dijadikan makan tengah hari bersama keluarga.

Resipi ini juga tidak memerlukan banyak bahan, tetapi rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Makan pula dengn nasi putih yang panas-panas, memang automatik buat selera terangkat!

Baca juga: Resipi Kerabu Telur Dadar Ala Thai Yang Segar & Masam Manis, Sedap Ratah!

RESEPI IKAN PEKASAM PECAH TELUR

resepi ikan pekasam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pekasam
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
  • 2-3 biji cili merah atau cili padi, dihiris (ikut tahap kepedasan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan pekasam sehingga sedikit garing.
  2. Angkat ikan dan tekan-tekan menggunakan sudip supaya ikan hancur sedikit.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau rata bersama ikan sehingga telur hancur dan sebati.
  4. Masukkan hirisan bawang holland dan cili, gaul sebentar sehingga bawang sedikit layu.
  5. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas atau sebagai lauk sampingan.

Sumber resipi dan gambar: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Tofu Telur Goreng Pedas, Lauk Mudah Siap Dalam Masa Singkat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN