kek pisang simple

Kalau anda sedang cari resipi kek yang cepat, sihat dan mengenyangkan, ini memang wajib cuba. Resipi kek pisang simple versi diet sangat mudah disediakan, hanya guna beberapa bahan asas, tapi hasilnya tetap lembut, wangi dan sedap dimakan bila-bila masa.

Paling menarik, resipi ini tanpa gula, tanpa tepung gandum dan tanpa butter, sebab gabungan pisang masak elok dan susu segar sudah cukup bagi rasa manis semula jadi. Sesuai dijadikan sarapan pagi, minum petang atau snek ringan untuk keluarga.

Baca juga: Cara Buat Jemput Pisang Sedap, Tak Guna Air Tapi Lembutnya Memang Jadi

RESIPI KEK PISANG SIMPLE

kek pisang simple

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang berangan sederhana (masak elok untuk rasa manis semula jadi)
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar rolled oat
  • 2 sudu besar tepung badam
  • 100ml susu segar
  • Sedikit serbuk penaik

Cara-cara penyediaan:

1. Lenyek pisang hingga halus dalam mangkuk.

2. Masukkan semua bahan lain: telur, rolled oat, tepung badam, susu dan serbuk penaik.

3. Kacau hingga sebati, tak perlu guna mixer.

4. Tuang adunan ke dalam loyang bulat diameter 10cm.

5. Masak dalam air fryer pada suhu 175°C selama 20 minit. Jika kek belum masak selepas 20 minit, tambah sedikit masa sehingga kek betul-betul masak.

Tip agar kek pisang simple lebih sedap:

  • Gunakan pisang yang masak elok untuk manis semula jadi.
  • Jika mahu tekstur lebih moist, kurangkan sedikit rolled oat.
  • Untuk aroma lebih wangi, tambah secubit kayu manis atau esen vanila.

Cuba resipi ini hari ini dan nikmati kek pisang yang lembut, wangi dan sihat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu snek manis tanpa rasa bersalah!

Selamat mencuba!

Sumber: Rohani Yaman

Baca juga: Kek Pisang Coklat Chip Paling Lembut & Moist, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN