
Sebut saja Kek Buah, ramai terus terbayang teksturnya yang lembut, moist, dan penuh aroma buah kering. Kek klasik ini memang tak pernah lapuk dek zaman, setiap tahun pasti ada versi baharu yang jadi bualan ramai.
Jika anda mahukan resipi Kek Buah yang mudah, cepat, dan confirm menjadi, resipi daripada Cik Faz ini adalah pilihan terbaik. Sesuai untuk potluck, majlis keluarga atau minum petang yang istimewa.
Baca juga: Kek Red Velvet Cheese Leleh Paling Lembut, Berkrim Sampai Tak Sabar Nak Suap
RESIPI KEK BUAH

Bahan-bahan:
- 125g butter
- ½ cawan gula kastor
- 3 biji telur
- Secubit garam
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 cawan buah kering campur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar sunquick oren
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
*Tip: Rendam buah kering dalam air suam sebelum digunakan supaya lebih lembut dan tidak menyerap kelembapan kek.
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul butter, gula, esen vanilla dan garam sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul.
3. Tambahkan Sunquick oren untuk aroma sitrus yang menyegar.
4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan baking soda.
5. Gaulkan bahan kering ke dalam adunan menggunakan teknik kaup balik supaya tekstur kek kekal ringan.
6. Masukkan buah kering yang sudah direndam dan digaul dengan tepung.
7. Gaul perlahan hingga semua bahan sebati.
8. Tuang adunan ke dalam loyang.
9. Tabur sedikit buah kering di atas sebagai hiasan.
10. Tutup loyang dengan foil supaya permukaan tidak cepat gelap.
11. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit atau sehingga masak.
Tips penting kek buah agar naik cantik dan moist:
- Ayak semua bahan kering bersama supaya kek naik lebih sekata.
- Rendam buah kering dalam air suam dan toskan sebelum digunakan.
- Gaul buah kering dengan sedikit tepung agar tidak mendap ke dasar.
- Tutup loyang dengan foil untuk elak permukaan hangus atau terlalu gelap.
Kek Buah adalah antara kek paling selamat jika anda mahu hidangan manis yang mudah, sedap dan tidak rumit. Jangan tunggu lagi, cuba resipi ini dan rasai kelembutannya sendiri.
Selamat mencuba!
Sumber: Fazz Ahmad
Baca juga: Kek Buah Kukus Sarawak Moist & Wangi, Resepi Ini Buat Suami Sayang Lebih!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














