puding cendol

Kalau anda peminat pencuci mulut manis dan berkrim, resipi puding cendol kastard durian ini memang wajib dicuba. Gabungan cendol yang kenyal dengan kastard durian yang wangi membuatkan setiap suapan pasti memikat hati.

Selain mudah dibuat, puding ini juga cantik jika disajikan untuk sebarang majlis. Setiap lapisan cendol dan kastard durian jelas kelihatan, menjadikan pencuci mulut ini bukan sahaja lazat tetapi juga menarik dipandang.

Baca juga: Resipi Puding Karamel Cheese, Tekstur Lembut & Berkrim Pikat Hati Semua Orang!

RESIPI PUDING CENDOL KASTARD DURIAN

puding cendol

Bahan puding cendol:

  • 200 ml santan sotak
  • 200 ml air
  • 1 1/2 sudu kecil (6 gm) serbuk agar-agar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan cendol

Bahan puding kastard durian:

  • 200 ml santan kotak
  • 200 ml air
  • 1/2 cawan isi durian
  • 2 sudu kecil (8 gm) serbuk agar-agar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 sudu kecil tepung kastard
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning (optional)

Cara buat lapisan puding cendol:

  1. Masukkan serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk, kacau dan masak sehingga larut.
  2. Tambahkan santan, gula, garam dan tepung jagung. Kacau rata.
  3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Tutup api.
  4. Masukkan cendol dan gaul perlahan-lahan.
  5. Tuang ke dalam acuan dan biarkan hingga beku.
  6. Cakar sedikit permukaan puding sebelum dituangkan lapisan kastard durian supaya lapisan atas melekat dengan baik.

Cara buat lapisan puding kastard durian:

  1. Kisar isi durian bersama air hingga halus.
  2. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  3. Masukkan santan, gula, garam dan tepung kastard. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga adunan meletup-letup, kemudian tuang di atas lapisan puding cendol.
  5. Sejukkan dalam peti ais sehingga keras sebelum dipotong dan dihidang.

Sumber: Kak Wan

Baca juga: Resipi Puding Gula Melaka, Tak Letak Telur Tapi Teksturnya Tetap Berlemak & Kurang Muak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN