
Pasti ramai yang selalu tertanya-tanya apa resepi kuetiau dan mi goreng ala kedai makan. Walaupun ramai sudah biasa memasak juadah ini, ada yang masih tidak dapat menguasai teknik menghasilkan rasa seperti di kedai.
Rupanya, ada cara tertentu untuk menghasilkan kuetiau dan mi goreng yang sedap. Seorang pengguna di Thread berkongsi tip yang selalu digunakannya. Menurut Nur Fatehatulain, ‘sifir’ untuk setiap kali menggoreng adalah sama sahaja.
Baca juga: Cara Masak Makaroni Goreng Yang Lazat, Ini Tips Supaya Tak Melekat Dan Kembang Elok!
RESEPI KUETIAU & MI GORENG SEDAP ALA KEDAI MAKAN

Bahan-bahan utama:
- Bawang putih dan cili padi – Lebihkan bawang putih, manakala cili boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang disukai. ‘Piapkan’ atas papan pemotong seperti yang dilakukan di kedai Thai.
- Sos – Sos cili, sos tiram, kicap lemak manis dan kicap pekat. Sukatan boleh dianggarkan sekitar dua sudu besar setiap satu, mengikut cita rasa sendiri.
- Protein pilihan – Udang, daging atau fishcake. Kesemua pilihan ini sesuai digunakan.
- Mi atau kuetiau – Bagi kuetiau, pilih yang nipis dan kecil, bukan yang tebal dan besar.
- Sayur – Tauge dan kucai.
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak atas api yang besar, kemudian masukkan bawang putih dan cili. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan protein pilihan. Masak udang sehingga bertukar warna merah atau bagi daging, rebus terlebih dahulu sehingga lembut dan hiris.
- Masukkan semua sos dahulu dan tambahkan kicap lemak manis di akhir.
- Pecahkan telur dan biarkan seketika sehingga separuh masak, kemudian kacau sehingga sebati.
- Masukkan mi atau kuetiau.
- Curahkan kicap pekat terus ke atas mi atau kuetiau.
- Masukkan tauge dan kucai, kacau dengan cepat selama lebih kurang satu minit, kemudian matikan api.
Tips penting untuk mendapatkan tekstur seperti di kedai:
- Gunakan kuali lejen. Walaupun kuali non-stick yang mahal, rasanya tetap tidak sama, jadi simpan sahaja.
- Api perlu besar untuk mendapatkan rasa sedikit hangus yang sedap pada mi atau kuetiau.
- Elakkan memasak terlalu banyak pada satu-satu masa kerana mi atau kuetiau tidak akan menjadi dengan baik.
- Masa memasak adalah singkat sahaja, tidak lebih daripada sepuluh minit.
Sumber: Thread @nurfatehatulain
Baca juga: Resepi Bihun Singapore Sedap, Ada Tips Supaya Tak Putus-Putus Semasa Goreng!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














