
Kalau anda sedang cari cara buat Puding Laici yang lembut, licin, wangi dan tak mudah berketul, resipi ini memang wajib cuba. Teksturnya halus, rasanya tak terlalu manis dan sangat sedap dimakan sejuk-sejuk.
Dikenali sebagai Puding Laici Mama, resipi ini sering dibuat untuk jamuan, makan-makan pejabat atau majlis keluarga. Setiap kali dihidangkan, memang cepat habis walaupun pencuci mulut lain masih ada. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Jagung Simple Lemak Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Menyegarkan
CARA BUAT PUDING LAICI MAMA

Bahan-bahan A:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air laici (ambil dari tin laici)
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji kuning telur
Bahan-bahan B:
- 25g agar-agar tali
- 10 cawan air
- 250g gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1 ketul kecil gula batu
- 3 helai daun pandan (carik dan ikat simpul)
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan A dan sebatikan sehingga licin. Ketepikan dahulu.
2. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Apabila agar-agar sudah larut, kecilkan api.
4. Masukkan campuran bahan A ke dalam periuk.
5. Kacau perlahan dan berterusan selama 4 hingga 5 minit sahaja sehingga sebati. Jangan biarkan adunan mendidih, kerana puding boleh berketul.
6. Tutup api dan tapis adunan untuk hasil puding yang lebih halus dan licin.
7. Tuangkan ke dalam bekas pilihan seperti loyang besar atau bekas kecil-kecil untuk jamuan.
8. Masukkan isi laici.
- Nak laici tenggelam: masukkan ketika puding masih cair
- Nak laici nampak di permukaan: tunggu puding sedikit mengeras
9. Biarkan suam, kemudian simpan dalam peti sejuk.
10. Hidangkan sejuk-sejuk, barulah rasa lebih sedap.
Tips penting supaya puding laici jadi sempurna:
- Jangan kacau terlalu kuat, cukup perlahan dan konsisten.
- Api kecil sahaja selepas bahan A dimasukkan.
- Tapis adunan untuk hasil puding lebih licin.
- Gunakan air laici asli dari tin untuk rasa lebih wangi.
Cara buat Puding Laici menjadi simbol keseronokan berkongsi makanan bersama keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja. Sama ada untuk jamuan besar atau makan santai di rumah, resipi ini memang sentiasa jadi pilihan.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida Sarida
Baca juga: Resepi Puding Sumi Kastard Hanya 5 Langkah Mudah, Pencuci Mulut Ringkas Tapi Menggoda!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














