
Dalam artikel kali ini, MyResipi ingin kongsikan satu menu diet iaitu resepi telur kukus yang ringkas. Malah, mereka yang kurang mahir memasak pun boleh ikut resepi ini dengan mudah.
Jika anda sedang mencari menu masakan berasaskan telur, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Wan N Wan M di bawah.
Baca juga: Resipi Telur Rebus Kam Heong, Lauk Jimat Tapi Sedapnya Tak Main-Main!
RESEPI TELUR KUKUS

Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- Daun bawang (hiris halus)
- 4 sudu besar kicap cair
- 4 sudu besar air masak
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara-cara penyediaan:
- Kacau semua bahan kecuali telur dalam mangkuk sehingga sebati.
- Tuang campuran tersebut ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus. Simpan sedikit daun bawang untuk taburan di akhir nanti.
- Kemudian, pecahkan telur perlahan-lahan ke dalam bekas supaya kuning telur tidak pecah.
- Kukus telur selama 7–10 minit dengan api sederhana. Jika suka kuning telur masih cair dan lembut, elakkan mengukus terlalu lama.
- Apabila telur sudah masak, taburkan baki daun bawang di atasnya untuk menambah aroma dan rasa.
- Sedia untuk dihidangkan dan paling sedap dinikmati ketika masih panas.
Sumber: Wan N Wan M
Baca juga: Resipi Sambal Telur Pecah Cili Kering, Menu Simple & Jimat Kos Tapi Tetap Mengenyangkan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














