
Kuih pau memang antara kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi atau minum petang. Teksturnya yang lembut dengan inti manis di dalam membuatkan kuih ini digemari ramai.
Untuk mendapatkan pau yang cantik, licin dan tidak berkedut selepas dikukus, pemilihan bahan serta cara menyediakan doh sangat penting. Penggunaan tepung pau khas membantu menghasilkan pau yang lebih putih, gebu dan sedap bila dinikmati.
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal
RESEPI KUIH PAU GEBU INTI KELAPA DAN KAYA

Bahan-bahan:
- 700 gm tepung pau
- 100 gm gula kastor
- 60 gm lemak sayur
- 1 sudu teh baking powder (membukit)
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh k-fine (pelembut doh)
- 1 paket yis segera
- 370 gm air suam
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkan air suam dan uli sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat.
- Timbang doh seberat 45 gm setiap satu dan bulatkan sehingga permukaannya licin. Rehatkan doh seketika.
- Canai doh mengikut saiz yang sesuai, kemudian masukkan inti seberat 30 gm. Tutup dan kemaskan balutan supaya permukaan pau menjadi licin.
- Susun doh pau di atas kertas pau dan biarkan sehingga mengembang sempurna.
- Kukus pau selama 7 hingga 8 minit dengan api sederhana.
- Selepas selesai dikukus, angkat pengukus tanpa membuka penutup dan biarkan seketika. Buka penutup kukusan secara perlahan-lahan supaya air kukusan tidak terkena pau. Cara ini membantu mengelakkan pau daripada berkedut.
- Kuih pau boleh ditanda ketika masih panas menggunakan pewarna makanan dan lidi, kemudian dibiarkan sehingga kering.
Sumber: Nor Afidah
Baca juga: Resipi Kuih Getas, Ikut Tip Ini Supaya Sira Gula Melekat Cantik & Tak Cair
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














