sambal totok ikan bilis

Sambal totok ikan bilis memang terkenal sebagai lauk pelengkap yang mudah disediakan tapi tetap sedap. Gabungan ikan bilis rangup, bawang, cili padi dan sedikit perahan limau nipis memberikan rasa pedas manis yang cukup memikat selera.

Cara buatnya pun ringkas dan cepat, serta bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Sesuai dinikmati bersama nasi panas, sambal ini boleh dijadikan lauk sampingan untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang.

Yang menariknya, tahap kepedasan sambal ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa sendiri. Boleh juga tambahkan perahan limau nipis kalau nak rasa lebih segar, pasti setiap suapan lebih menyelerakan.

Baca juga: Resipi Sambal Goreng Versi Orang Lama, Makan Dengan Nasi Atau Bubur Memang Padu

RESEPI SAMBAL TOTOK IKAN BILIS

sambal totok ikan bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit aji secukupnya
  • Limau nipis (untuk perahan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis hingga rangup, kemudian ketepikan.
  2. Goreng bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga layu dan wangi.
  3. Tumbuk bahan yang digoreng bersama bilis sehingga sebati.
  4. Perasakan dengan gula dan sedikit aji secukupnya.
  5. Perahkan jus limau nipis untuk rasa lebih segar dan sedap.
  6. Hidangkan sambal totok bersama nasi panas.

Sumber: Resepi Dapur Keluarga Kita

Baca juga: Resipi Sambal Bilis Garing, Lepas Siap Gaul Pun Kekal Rangup & Tak Liat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN