kek minyak masak

Nampak macam kek butter, tapi sebenarnya ini adalah kek minyak masak. Ia sangat mudah, cepat disediakan dan tetap gebu walaupun tanpa mentega.

Selain itu, kek ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa, contohnya menambah parutan kulit oren, esen vanila atau sedikit koko untuk variasi rasa.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Coklat Guna Blender, Nak Hasil Lembut & Gebu Ada Petuanya

RESEPI KEK MINYAK MASAK

kek minyak masak

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred D
  • ½ cawan gula perang
  • ⅓ cawan susu pekat
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila (boleh diganti dengan 1 sudu kecil parutan kulit oren)
  • 2 cubit garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder

Cara-cara memasak:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan susu pekat, minyak, parutan kulit oren (atau esen vanila) dan garam. Pukul sebati.
  3. Ayak tepung dan baking powder dua kali, kemudian masukkan ke dalam bahan basah. Gaul sebentar sehingga sebati.
  4. Hentak adunan dalam loyang 3–4 kali untuk mengeluarkan udara.
  5. Bakar di tray bawah oven pada suhu 150°C selama 30–35 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
  6. Bila sudah masak, sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Arin Yin

Baca juga: Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Tanpa Oven Tapi Jadi Cantik Berongga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN