kuetiau goreng basah

Hidup tak lengkap rasanya kalau belum cuba Kuetiau Goreng Basah yang lembut dan penuh rasa. Kombinasi kuetiau licin dan sos yang pekat, memang buat orang makan sampai bertambah.

Dengan resipi yang dikongsikan oleh Fateema Azzahra, anda boleh menyediakan Kuetiau Goreng Basah sedap seperti yang sering dimasak di kedai makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Goreng Kuetiau Tak Melekat, Hasilnya Berderai Cantik Macam Dekat Kedai!

RESIPI KUETIAU GORENG BASAH

kuetiau goreng basah

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kuetiau
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 sudu makan cili kisar atau cili boh
  • Fishball atau fishcake
  • Udang atau ayam (pilihan)
  • 3 biji telur
  • Sos tiram (pilihan)
  • Sos cili
  • Kicap
  • Sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Tauge
  • Kucai

Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang sampai naik bau wangi.

2. Setelah kekuningan, masukkan fishball dan fishcake yang dipotong nipis.

3. Goreng seketika sampai bau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.

5. Setelah cili masak, guna api sederhana dan masukkan udang atau ayam.

6. Masukkan 2 cawan air, 5 sudu makan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram (jika ada).

7. Kacau sebati sampai agak menggelegak.

8. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam (kalau dah masukkan sos tiram, jangan letak garam lagi).

9. Setelah kuah mendidih, pecahkan telur dan biar seketika. Perlahankan api, tapi jangan kacau. Biar telur kuning itu masak.

10. Masukkan kuetiau yang telah dibasuh. Kacau dengan mesra.

11. Tambah sedikit air kalau nak tekstur basah-basah.

12. Tambahkan sedikit kicap lagi untuk warnanya menarik.

13. Masukkan kucai dan tauge.

14. Kekalkan api perlahan dan gaul mesra.

Selamat mencuba!

Sumber: Fateema Azzahra

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Thailand, Pekena Semangkuk Terus Tak Toleh Kiri Kanan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN