
Kalau anda sedang mencari resepi lepat labu yang mudah, sedap dan confirm jadi, ini memang cara terbaik. Teksturnya lembut, rasa manis labu semula jadi, ditambah pula dengan aroma daun pisang yang membangkitkan selera.
Lepat labu juga antara kuih tradisi yang selalu dibuat ketika musim perayaan atau majlis keluarga kerana bahan-bahannya ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan. Tak perlu mesin atau teknik sukar, hanya perlu campur, bungkus dan kukus.
Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
RESEPI LEPAT LABU LEMBUT DAN LEMAK MANIS

Bahan-bahan:
- 2 cawan labu kuning (dilenyek halus, dikukus terlebih dahulu)
- 1 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan tepung beras
- ½ cawan gula merah (boleh ganti dengan gula pasir)
- ¼ sudu kecil garam
- Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap hingga bersih)
Cara penyediaan:
- Dalam satu mangkuk, satukan labu lenyek, kelapa parut, tepung beras, gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
- Ambil sehelai daun pisang, letakkan 2–3 sudu adunan di bahagian tengah. Lipat dan bungkus seperti biasa.
- Susun dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20–25 minit atau sehingga masak.
- Biarkan sejuk sebelum dihidangkan untuk tekstur yang lebih elok.
Sumber: Khalif Khlif
Baca juga: Resipi Kuih Lepat Sagu Yang Lemak-Lemak Manis, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














