
Pernah tak goreng telur dadar, tapi hasilnya lembik dan cepat mengempis walaupun minyak sudah panas? Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan Telur Dadar Crispy yang menjadi.
Hafizul Hakim telah kongsikan cara mudah untuk buat Telur Dadar Crispy yang ramai tak pernah cuba. Setelah cuba, anda akan terkejut dengan hasilnya yang luar biasa. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!
RESIPI TELUR DADAR CRISPY

Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 1 sudu besar tepung (boleh guna tepung gandum, beras atau jagung)
- 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais
- Garam secukup rasa
Cara-cara buat:
1. Kacau telur sehingga sebati bersama tepung dan garam. Pastikan bancuhan berada dalam keadaan sejuk. Tuang air sejuk atau ais ke dalam bancuhan.
2. Panaskan minyak hingga hampir berasap. Minyak kena betul-betul panas. Ini penting untuk hasil rangup.
3. Tuangkan bancuhan telur dari jarak yang agak tinggi supaya telur merebak dan membentuk tekstur beralun.
4. Satu bancuhan telur lebih sesuai digoreng dalam 3 hingga 4 kali. Jika goreng sekaligus, telur akan jadi tebal dan tidak gebu.
Jika tiada air sejuk atau ais, jangan risau. Anda boleh masukkan bancuhan telur ke dalam peti ais beku selama 5 minit sebelum menggoreng.
Teknik ini membantu mengekalkan perbezaan suhu yang menjadikan telur lebih rangup apabila bertemu minyak panas.
Bagi pencinta telur dadar, resipi ini memang berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Hasilnya, anda akan dapat menikmati Telur Dadar Crispy yang seronok dikunyah.
Selamat mencuba!
Sumber: Hafizul Hakim
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














