
Kalau anda berjalan di kawasan terbuka atau kebun dan terserempak dengan rumpai ini, jangan sesekali sentuh. Nampak macam ulam raja, tapi sebenarnya ia rumpai bahaya.
Nama saintifiknya Parthenium hysterophorus, tetapi ramai orang panggil Rumpai Parthenium, Rumpai Berbahaya atau Congress Grass. Rumpai ini bukan sahaja susah nak dibasmi, malah dikategorikan sebagai salah satu rumpai paling toksik di dunia.
Di Malaysia, rumpai ini termasuk dalam kategori Akar Rumpai Berbahaya oleh Jabatan Pertanian. Oleh kerana rupanya seperti ulam raja, jadi kena lebih berhati-hati.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan
KENAPA RUMPAI PARTHENIUM YANG NAMPAK SEPERTI ULAM RAJA INI BERBAHAYA?

Rumpai Parthenium mengeluarkan beberapa bahan kimia berbahaya:
- Parthenin – toksin utama.
- Sesquiterpene lactones – alergen yang sangat kuat.
Bahan-bahan ini boleh memberi kesan serius pada manusia, haiwan dan juga tanaman lain.
Pihak kerajaan mengambil langkah tegas apabila kawasan dijumpai dipenuhi rumpai ini, termasuk isolasi dan semburan khas dengan hazmat suit.
MIRIP ULAM RAJA, TAPI INI KESAN RUMPAI PARTHENIUM YANG BERBAHAYA

KESAN KEPADA MANUSIA
Jika terkena rumpai ini, boleh beri pelbagai masalah kesihatan:
- Ruam dan Gatal (Dermatitis) – Kulit boleh merah, bintik-bintik muncul, terasa panas, gatal dan kering. Setiap pendedahan seterusnya biasanya lebih teruk.
- Alahan Hidung dan Mata (“Hay Fever”) – Bersin, hidung berair, mata gatal dan berair, tekak juga terasa gatal.
- Masalah Pernafasan – Debunga dan spora boleh mencetuskan asma atau sesak nafas, terutama bagi mereka yang ada penyakit paru-paru.
- Kesan Jangka Panjang – Pendedahan berulang boleh membawa kepada ekzema kronik, kulit sensitif, pigmentasi abnormal dan masalah paru-paru jangka panjang.
KESAN KEPADA HAIWAN
Haiwan ternakan juga terdedah jika memakan rumpai ni:
- Keradangan usus
- Penurunan berat badan
- Kulit bengkak
- Risiko keguguran bagi lembu dan kambing
KESAN KEPADA HAIWAN KEPADA ALAM SEKITAR
Rumpai ini agresif dan cepat merebak. Ia boleh meracuni tanaman lain melalui fenomena allelopathy, menghalang pertumbuhan rumput atau tanaman kampung dan boleh mendominasi tanah hanya dalam 3 hingga 6 bulan.
APA PERLU BUAT JIKA TERSENTUH RUMPAI PARTHENIUM?

- Segera basuh kawasan terdedah dengan sabun dan air banyak.
- Jangan digaru walaupun gatal.
- Gunakan calamine atau aloe vera untuk menenangkan kulit.
- Jika merah teruk, boleh ambil antihistamin seperti loratadine atau cetirizine.
- Jika mengalami sesak nafas, segera dapatkan rawatan klinik.
Kesimpulannya, jangan pandang remeh dengan rumpai yang kelihatan seperti ulam raja. Jika jumpa di kawasan anda, laporkan kepada Pejabat Pertanian berhampiran untuk tindakan selamat. Keselamatan anda dan alam sekitar jauh lebih penting.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Snowy Monaro Regional Council
Sumber: Amirul Faisal
Baca juga: Betul Ke Anggur Shine Muscat Ada Racun Perosak Berbahaya? Ini Jawapan Dari KKM
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














