
Cili kering adalah antara bahan dapur yang paling kerap digunakan dalam masakan harian. Sebelum menggunakannya untuk masak, anda perlu tahu cara bersihkan cili kering dengan betul.
Walaupun cili kering nampak bersih pada luaran, tapi ramai tak sedar sebenarnya masih ada kemungkinan ia mengandungi habuk dan kotoran halus sewaktu disimpan.
Oleh sebab itu, cara bersihkan cili kering tak boleh dilakukan secara sambil lewa. Bagi memastikan masakan lebih bersih dan selamat, cili kering perlu dicuci dengan cara yang betul sebelum digunakan. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Rahsia Simpan Cili Kering Supaya Tak Naik Kulat, Tahan Lama Walau Berbulan!
CARA BERSIHKAN CILI KERING

Kredit gambar: jcomp dari Freepik
1. Gunting cili kering secara memanjang.
Cara ini dapat membantu membuang lebihan biji dalam cili kering dan memastikan bahagian dalamnya lebih mudah dibersihkan.
2. Rendam dan ramas dalam air suhu bilik.
Ramai yang sering terlepas, tapi langkah ini sebenarnya sangat penting untuk menanggalkan habuk halus yang melekat serta melembutkan cili.
3. Rebus selama 15 hingga 20 minit.
Bagi memastikan cili kering selamat digunakan, wajib rebus dahulu. Rebusan membantu memastikan cili kering betul-betul bersih dan lembut untuk dimasak.

Kredit gambar: Dhuhaa dari Lemon8
4. Bilas dengan air bersih.
Setelah siap rebus, anda perlu bilas dengan air bersih. Langkah ini untuk membuang sisa terakhir pada cili kering selepas proses merebus.
5. Kisar seperti biasa.
Cili kering yang sudah bersih dan lembut boleh dijadikan pes untuk sambal, kuah atau masakan lain. Jadi, anda boleh kisar saja seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Dhuhaa dari Lemon8, jcomp dari Freepik
Sumber: GG Grocer
Baca juga: Rahsia Cili Kisar Tahan Lama Sampai 3 Bulan, Tetap Segar & Tak Berkulat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














