cucur jagung rangup

Memandangkan cuaca kebelakangan ini sering mendung dan hujan, sedapnya kalau dapat makan cucur jagung rangup.

Ada juga yang memanggilnya jemput-jemput jagung, tetapi apa pun namanya, hidangan ini memang sesuai dinikmati panas-panas.

Resipi ini menggunakan jagung, udang, ikan bilis dan beberapa bahan lain yang menjadikannya lebih sedap serta penuh dengan inti.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Lembut Dan Gebu, Ini Tip Mudah Supaya Bulat Elok Waktu Goreng!

RESEPI CUCUR JAGUNG RANGUP

cucur jagung rangup

Bahan-bahan:

  • Jagung – ambil isi (3 tongkol jagung untuk bancuhan ini)
  • Udang (potong kecil)
  • Ikan bilis (tumbuk atau biarkan sedikit kasar)
  • Bawang besar (bawang holland pun sedap)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Daun kucai (hiris)
  • Tepung gandum  5 sudu besar
  • Tepung beras 8 sudu besar (lebihkan untuk tekstur rangup)
  • Baking soda (sedikit sahaja)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Telur 2 biji

Cara penyediaan:

  1. Satukan jagung, udang, ikan bilis, bawang besar, cili padi dan daun kucai dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk perasa dan sedikit baking soda.
  3. Pecahkan telur dan gaul rata sehingga menjadi adunan pekat. Tambah air jika perlu, tetapi jangan cair.
  4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga cucur bertukar keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: Dijahafiq Mohd Faiz

Baca juga: Cara Buat Cucur Badak Yang Gebu, Garing Di Luar & Lembut Di Dalam, Dah Sejuk Pun Tak Liat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN