
Apabila teringin makan kudapan ringkas tapi sedap, jawapannya mestilah dengan resipi Bakwan Sayur. Selain dimakan begitu saja, ia juga sedap dicelup bersama sos pencicah.
Sesetengah tempat memanggil Bakwan sebagai cucur sayur. Bukan setakat sesuai sebagai sarapan atau minum petang, tapi ia boleh dihidangkan sebagai lauk sampingan.
Kali ini, kami kongsikan resipi Bakwan Sayur yang hasilnya rangup luar biasa dibuat oleh Hernee Nazir untuk anda sediakan dengan mudah di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk!
RESIPI BAKWAN SAYUR

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu tepung beras
- 4 sudu tepung serbaguna perisa pedas atau original (jika ada)
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Air sejuk secukupnya
- 1½ cawan lobak merah (sagat atau hiris halus)
- 1½ cawan kubis hiris
- 5 tangkai daun bawang
- 1 labu bawang besar (hiris kasar)
- 1 batang cili merah (hiris halus)
*Sayur boleh ditambah mengikut kreativiti dan stok di rumah. Jika tiada taugeh, boleh sahaja ditinggalkan.
Cara-cara buat:
- Satukan semua bahan kering dan sayur-sayuran dalam satu mangkuk besar.
- Masukkan telur dan tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit.
- Kacau sampai sebati dan pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan tak cair.
- Panaskan minyak dengan jumlah yang banyak.
- Sudukan adunan dan goreng sehingga bakwan bertukar keemasan serta rangup.
- Angkat dan toskan minyak.
Bahan-bahan sos pencicah:
- 2 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- ½ sudu gula pasir
- 4 sudu sos cili
- 4 sudu air panas
- Sedikit cuka makan (pilihan)
Cara-cara buat:
- Tumbuk cili merah, bawang putih dan gula sehingga halus.
- Campurkan bersama sos cili dan air panas.
- Jika ingin rasa lebih masam, tambahkan sedikit cuka.
- Kacau sampai rata.
Selamat mencuba!
Sumber: Hernee Nazir
Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Tetap Lembut Walaupun Sejuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














