kacang goreng

Kacang goreng antara snek yang digemari ramai. Rasa garing dan rangup buat sesiapa pun susah nak berhenti makan. Tapi, untuk dapatkan hasil yang sempurna, ada cara mudah yang ramai orang tak tahu.

Rahsia kacang goreng yang sedap adalah dengan merebus kacang dahulu sebelum digoreng. Kaedah ini membuatkan kacang kekal lembut di dalam tetapi rangup di luar dan mengurangkan risiko hangus. Selain itu, kacang juga lebih cepat masak semasa digoreng.

Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk menggoreng ikan bilis. Hasilnya, ikan bilis menjadi rangup dan enak dimakan begitu sahaja atau sebagai topping untuk nasi goreng dan mi.

Baca juga: Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Besar, Tak Cepat Basi, Gebu & Berderai Sebiji-Sebiji

PETUA KACANG GORENG TAK HANGUS DAN RANGUP ELOK BILA DIGORENG

kacang goreng

Untuk mendapatkan kacang yang rangup dan sedap, ikut langkah mudah ini:

  1. Didihkan air dalam periuk. Sementara itu, cuci bersih kacang tanah dan toskan.
  2. Apabila air sudah mendidih, masukkan kacang tanah ke dalam air dan kacau seketika. Biarkan sekejap, kemudian toskan.
  3. Selepas itu, goreng kacang seperti biasa sehingga kekuningan.

Tip tambahan: Cara ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng ikan bilis. Hasilnya, kacang atau ikan bilis akan menjadi lebih rangup dan enak.

Sumber: Yanti Muhammad

Baca juga: Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN