rendam bihun

Sesiapa yang sering memasak di dapur pasti pernah hadapi situasi bihun yang mudah putus atau melekat ketika dimasak. Oleh itu, anda perlu tahu cara rendam bihun yang betul.

Masalah bihun yang mudah putus terutamanya semasa goreng biasanya berpunca daripada cara rendam yang kurang tepat. Tapi jangan risau, ada rahsia untuk mengelakkan ia terjadi.

Rizal Tomyam berkongsi cara rendam bihun melalui video di YouTube supaya tetap elok, tak putus dan cepat masak. Dengan tips ini, bihun jadi separuh lembut sebelum digoreng.

Baca juga: Jenama Bihun Terbaik Yang Orang Malaysia Suka, 10 Senarai Ini Tak Pernah Mengecewakan

CARA RENDAM BIHUN UNTUK GORENG

rendam bihun

1. Sediakan air dan minyak.

Gunakan campuran air panas dan air paip dalam periuk. Pastikan air panas hanya separuh daripada jumlah air keseluruhan.

2. Tambahkan minyak.

Masukkan sedikit minyak ke dalam air. Tujuannya supaya bihun tak melekat antara satu sama lain dan teksturnya tetap cantik ketika digoreng.

3. Rendam mihun.

Masukkan bihun ke dalam campuran air dan minyak. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sehingga bihun separuh lembut.

4. Tapis dan sedia untuk digoreng.

Selepas direndam, tapis mihun dan ia sedia untuk digoreng. Bihun yang telah direndam dengan cara ini tidak putus, cepat masak, dan teksturnya lebih kenyal.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika rendam bihun adalah menggunakan air sejuk. Jika digunakan, ia membuatkan bihun menjadi keras dan susah digoreng.

Oleh itu, pastikan untuk guna campuran air panas dan air biasa supaya anda dapat hasilkan hidangan bihun yang cantik dan sempurna setiap kali masak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rizal Tomyam

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN