resepi banana roll

Nak buat hidangan sarapan atau minum petang yang mudah, buat saja resepi Banana Roll. Cukup ada pisang, roti paratha dan sedikit bahan dapur, sudah boleh hasilkan kudapan sedap.

Banana Roll boleh digoreng atau dibakar mengikut citarasa masing-masing. Jika tambah coklat cair atau serbuk gula di atasnya, pasti lebih padu dan buat satu rumah berebut nak rasa.

Baru-baru ini, Sha Nazz telah kongsikan resepi Banana Roll yang mendapat perhatian ramai pengguna di Facebook kerana rangup dan cantik kejadiannya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!

RESEPI BANANA ROLL

resepi banana roll

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, biarkan roti paratha sejuk dalam suhu bilik.
  2. Setelah roti paratha terasa sedikit lembut, boleh terus gulung dengan pisang.
  3. Selepas itu, boleh hiris kecil-kecil mengikut saiz yang disukai.
  4. Kemudian, susun dalam air fryer dan sapukan kuning telur.
  5. Akhir sekali, letak almond flakes sebagai topping. Selain itu, boleh juga guna chocolate rice, sprinkles dan lain-lain.

resepi banana roll

Rasanya manis lemak, teksturnya rangup di luar bersama isi pisang yang lembut di dalam. Sesuai sangat untuk minum petang atau dijadikan bekal anak ke sekolah.

Selamat mencuba!

Sumber: Sha Nazz

Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Lembut Manis Berkrim, Resipi Simple Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN