resepi apam lempeng

Kuih tradisional yang semakin jarang kita jumpa antaranya ialah resepi Apam Lempeng yang gebu. Tapi apabila buat sendiri di rumah, memang terasa nostalgia lama.

Apam Lempeng boleh dimakan bersama sambal bilis, sambal kelapa atau makan kosong pun sudah sedap. Nampak macam lempeng biasa, tapi cara buat kuih ini ada tekniknya.

Menurut perkongsian Norafizah Jani di Facebook, resepi Apam Lempeng sangat mudah disediakan. Jika ada lebih bancuhan, boleh dijadikan apam kukus pula. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Nasi Simple & Mudah Guna Blender, Gebu Gebas Macam Kapas Kejadiannya

RESEPI APAM LEMPENG

resepi apam lempeng

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum (sesuai untuk hidangan ramai)
  • Gula secukup rasa (ikut kemanisan yang disukai)
  • 1 paket mauripan
  • Air secukupnya (bancuh sampai dapat tekstur seperti adunan apam)

Cara-cara buat:

  1. Campurkan semua bahan dan bancuh hingga sebati seperti bancuhan apam. Biarkan adunan kembang.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tuang tiga senduk adunan. Tutup kuali dan masak perlahan-lahan.
  3. Gunakan api paling kecil supaya apam tidak hangus. Apabila bahagian bawah sudah garing, barulah terbalikkan.
  4. Apabila kedua-dua bahagian dah masak dan garing elok, boleh terus dihidangkan.

Tips tambahan:

  • Jika ada lebih adunan, boleh juga kukus. Rasanya tetap lembut dan gebu, cuma tekstur sedikit berbeza daripada yang digoreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Norafizah Jani

Baca juga: Lempeng Gandum Lembut & Sambal Bilis Garing, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN