cara buat karipap

Pantang nampak karipap depan mata, mesti tak sabar nak makan. Apabila tahu rupanya ada cara buat karipap yang mudah, terus teringin nak buat dengan air tangan sendiri untuk orang tersayang.

Karipap antara kuih goreng yang sangat popular di kalangan orang Malaysia. Dalam banyak-banyak jenis karipap, ramai yang suka karipap berjerawat kerana rangupnya tak sama seperti yang lain.

Sha Naura Aisya telah kongsikan cara buat karipap berjerawat rangup di Facebook dengan beberapa tips untuk dapatkan hasil yang menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Karipap Oksigen Yang Mudah, Gebu & Kembang Elok Apabila Digoreng!

CARA BUAT KARIPAP BERJERAWAT RANGUP

cara buat karipap

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 senduk kecil minyak masak (panaskan)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit air sejuk (ais)

cara buat karipap

Cara-cara buat:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, marjerin dan air kapur dalam satu bekas.
  2. Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Kacau dengan senduk dan pastikan untuk berhati-hati kerana panas.
  4. Apabila tepung sudah menjadi seperti serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
  5. Sebelum kelim karipap, sapu air keliling karipap, kemudian kelim tekan kuat sedikit supaya tak terbuka semasa goreng nanti.
  6. Nak karipap berjerawat, pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan dalam tepung adunan semasa bancuhan awal.
  7. Inti buat seperti biasa iaitu rempah daging, kentang, daun sup, daun kari dan isi ayam.

Selamat mencuba!

Sumber: Sha Naura Aisya

Baca juga: Resipi Karipap Sardin Gebu Montok, Kulit Licin & Rangup Bukan Biasa-Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN