resepi nasi ayam sedap

Nasi ayam antara hidangan yang tak pernah jemu dimakan. Walaupun nampak macam banyak bahan, sebenarnya nak buat resepi Nasi Ayam sedap tak susah jika tahu cara yang mudah.

Nor Sakinah telah kongsikan di Facebook tentang resepi Nasi Ayam sedap dengan cara ringkas tapi menjadi. Paling penting, tak perlu bahan atau langkah rumit. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Goreng Ayam Cantik Berkilat Untuk Nasi Ayam, Nampak Licin Sekata

RESEPI NASI AYAM SEDAP

resepi nasi ayam sedap

Bahan-bahan nasi:

  • 3 cawan beras
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk warna)
  • Air rebusan ayam secukupnya

Bahan rebus ayam:

  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukupnya
  • 1 kiub ayam

Bahan sos cili:

  • 8 biji cili merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air

Bahan sup:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan ayam ke dalam periuk bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, garam dan kiub ayam.

2. Selepas itu, rebus sampai ayam masak dan empuk.

resepi nasi ayam sedap

3. Sementara itu, basuh beras seperti biasa dan masukkan butter atau marjerin dan 1 kiub ayam.

4. Kemudian, tuangkan air rebusan ayam secukupnya dan tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi yang cantik.

5. Seterusnya, masak sampai nasi siap.

6. Sementara menunggu, gaulkan ayam rebus dengan kicap manis saja (tak perlu tambah garam atau perasa) dan perap selama 30 minit.

7. Kemudian, goreng ayam sekejap saja atas api perlahan supaya kekal juicy dan tak keras.

8. Bagi menyediakan sos cili, kisar semua bahan sos sampai halus dan masak dalam kuali sampai hilang bau cili mentah.

9. Panaskan semula baki air rebusan ayam, kemudian masukkan lobak merah dan taburkan bawang goreng. Siap untuk dihidang!

Setelah siap, anda boleh hidangkan nasi bersama ayam goreng kicap, sos cili dan semangkuk sup panas. Nak lengkapkan resepi Nasi Ayam sedap, letak timun, daun sup dan cili potong.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Sakinah

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Simple Untuk 2 Orang Makan, Confirm Jimat & Tak Perlu Pening Fikir Menu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN