resepi kuih bom manis

Momen paling seronok bagi seorang ibu adalah apabila anak memuji kuih yang dibuat sedap. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuih Bom manis yang pasti memikat selera anak.

Kuih Bom antara kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Bentuknya bulat, bersalut bijan dan apabila digigit, terasa inti manis yang meletup di dalam.

Seperti perkongsian daripada Nur Allyssia di Facebook, beliau buat resepi Kuih Bom manis dengan dua inti iaitu kacang merah dan kelapa. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Kaswi Gedik Sukatan Cawan, Hasil Lembut Kenyal & Wangi Gula Merah!

RESEPI KUIH BOM MANIS

resepi kuih bom manis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan kentang rebus (kisar)
  • 3 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ cawan air suam (masukkan sedikit demi sedikit)
  • Bijan secukupnya untuk salutan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rebus kentang hingga empuk, kemudian blend dengan ½ cawan air.

2. Kemudian, campurkan semua bahan dan tuang kentang kisar, uli sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan inti pilihan seperti kacang merah dan kelapa parut.

4. Seterusnya, salut dengan bijan dan bulatkan semula supaya bijan melekat cantik.

5. Kemudian, rehatkan doh 30 minit hingga 1 jam (boleh juga simpan dalam chiller).

6. Bagi mengelakkan kuih meletup masa goreng, masukkan semasa minyak belum terlalu panas dan gunakan api kecil.

7. Akhir sekali, goreng sampai kekuningan keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Rahsia untuk buat Kuih Bom supaya rangupnya tahan lama adalah goreng sebanyak dua kali. Hasilnya, kuih akan jadi lebih rangup dan puas dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Guna 2 Cawan Tepung, Lembut & Manis Berlemak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN