puding pisang

Pelbagai versi puding yang boleh dibuat sebagai pencuci mulut dan salah satunya ialah Puding Pisang. Teksturnya lembut, manis dan berlemak, memang buat ramai tak boleh tolak.

Gabungan rasa pisang goreng bermentega dengan sos kastad yang lemak manis menjadikan Puding Pisang bukan sekadar pencuci mulut biasa, malah boleh buat orang ulang makan.

Disebabkan banyak permintaan di Facebook, Zulaikha Ghazali telah kongsikan resipinya dengan cara yang memang sempoi tapi nampak menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Karamel Sedap Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus, Cantik Berkilat Kejadiannya

RESIPI PUDING PISANG

Bahan-bahan:

  • ½ tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 kuning telur
  • Daun pandan
  • Mentega (untuk menggoreng)
  • Pisang masak secukupnya
  • Kismis (untuk hiasan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan susu cair, tepung kastad, gula, kuning telur dan daun pandan.

2. Masak atas api perlahan sampai adunan sedikit pekat, kemudian tutup api dan biarkan sejuk.

3. Selepas itu, cairkan mentega dalam kuali, kemudian goreng pisang sampai kekuningan.

4. Seterusnya, susun pisang atas pinggan dan tuangkan sos kastad tadi di atasnya.

5. Akhir sekali, taburkan kismis untuk hiasan. Siap untuk dinikmati!

Puding Pisang boleh dimakan begitu saja atau disejukkan dulu jika nak rasa lebih menyegarkan. Sesuai untuk hidangan petang atau pencuci mulut selepas makan tengah hari.

Selamat mencuba!

Sumber: Zulaikha Ghazali

Baca juga: Resepi Puding Kastard Jagung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN