resepi apom lenggang

Kalau suka kuih tradisional yang lembut dan wangi, memang kena cuba resepi apom lenggang ini. Rasanya lemak manis, teksturnya gebu di tengah dan rangup di tepi. Bau harum santan yang keluar masa masak boleh buat lapar sekelip mata!

Kalau bosan dengan roti atau nasi goreng setiap pagi, jom cuba buat apom lenggang yang lembut, gebu dan wangi ini pula. Sangat mudah disediakan dan sesuai dijadikan sarapan atau minum petang.

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Tetap Lembut Walaupun Sejuk!

RESEPI APOM LENGGANG

resepi apom lenggang

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 5–6 sudu besar gula (kalau nak lebih manis, boleh letak hingga ½ cawan gula)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 ½ sudu kecil yis segera (instant yeast)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali santan dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
  2. Perap adunan selama 2–3 jam.
  3. Kalau nak buat awal, boleh simpan adunan dalam peti ais semalaman dan masak keesokan paginya.
  4. Setelah adunan siap diperam, masukkan santan dan kacau rata.
  5. Panaskan kuali leper atau pan non-stick. Tuang sedikit adunan dan lenggangkan pan supaya bentuknya bulat dan nipis.
  6. Masak hingga bahagian tepi kelihatan garing dan tengahnya masak. Tak perlu terbalikkan.
  7. Apom Lenggang ini sedap dimakan begitu saja atau kalau nak lebih lazat, boleh cicah dengan kelapa parut manis atau santan pekat.

Sumber: Mask Musa

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN