petua elak santan pecah

Masakan gulai yang pekat, berkrim dan licin kuahnya memang disukai ramai. Tapi apabila santan pecah, terus hilang selera. Jangan risau, ada petua elak santan pecah yang anda boleh gunakan ketika masak gulai.

Terdapat beberapa petua elak santan pecah yang boleh kita amalkan supaya masakan gulai nampak lebih cantik kuahnya dan rasa tetap padu. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cairkan Santan Beku Dengan Cepat, Tak Sampai 10 Minit Dah Cair Elok!

5 PETUA ELAK SANTAN PECAH KETIKA MASAK GULAI

petua elak santan pecah

Kredit gambar: Facebook Love Norra Make Up

1. Tambah sedikit tepung beras.

Tips ini mungkin ramai yang tak tahu. Jika ada tepung beras di rumah, cuba larutkan 1 sudu ke dalam santan sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Hasilnya, gulai akan jadi lebih pekat dan santan tak pecah apabila dimasak.

2. Masak guna api sederhana.

Inilah perkara paling asas tapi ramai terlepas pandang. Selepas masuk santan, elakkan masak dengan api terlalu besar. Jika kuah sampai berbuih atau mendidih kuat, santan akan cepat pecah minyak. Jadi, cukup sekadar api sederhana untuk reneh perlahan-lahan.

petua elak santan pecah

Kredit gambar: Facebook Amran Ibrahim Rashidi

3. Kacau santan secara konsisten.

Apabila sudah masuk santan, jangan biarkan. Kacau perlahan dan konsisten sampai gulai siap masak. Jangan kacau terlalu laju atau angkat tinggi sudip kerana itu boleh buat santan cepat pecah jadi minyak, jadi kacau manja saja.

4. Masukkan santan cair dulu.

Petua lama tapi terbukti berkesan. Semasa perah kelapa, asingkan santan cair dengan santan pekat. Masak santan cair dulu sampai kuah hampir masak, akhir sekali baru masukkan santan pekat. Cara ini bantu mengelakkan santan terkejut apabila kena haba panas.

5. Guna santan segera.

Nak cara paling mudah, boleh guna santan kotak. Kebanyakan santan segera ada penstabil dan pengemulsi, jadi kurang risiko untuk pecah minyak. Sesuai untuk yang nak cepat atau tak sempat nak perah santan segar.

Selepas ini jika nak masak gulai, boleh cuba salah satu atau semua petua elak santan pecah. Hasilnya, kuah bukan saja cantik berkrim, tapi lebih sedap dimakan dengan nasi panas.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Love Norra Make Up & Amran Ibrahim Rashidi

Sumber: Impiana

Baca juga: Santan Segar VS Santan Kotak, Ini Panduan Memasak Ikut Jenis Lauk, Jangan Salah Guna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN