
Dari dulu sampai sekarang, Puding Karamel tetap menjadi manisan yang disukai ramai. Biasanya ia dibuat menggunakan telur, tapi kami jumpa resipi Puding Karamel sedap tanpa telur yang hasilnya cantik berkilat.
Puding Karamel mempunyai tekstur yang lembut, ditambah dengan rasa karamel yang manis berlemak. Jadi, ia memang sempurna sebagai pencuci mulut yang sedap.
Resipi Puding Karamel sedap yang dikongsikan oleh Ogy Ahmad di Facebook memang sesuai untuk mereka yang sibuk atau baru belajar masak. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Kastard Jagung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Gebu!
RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP

Bahan-bahan puding:
- 1 tin susu cair
- 1 paket serbuk agar-agar (10g)
- 3½ cawan air
- ½ cawan susu pekat
- ½ cawan gula (boleh kurangkan ikut tahap manis yang disukai)
- 3 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
Cara-cara membuat puding:
- Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk.
- Kemudian, masak atas api sederhana sambil kacau sampai mendidih dan sebati.
- Seterusnya, tuangkan ke dalam acuan yang sudah berisi karamel.
- Akhir sekali, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Bahan-bahan karamel:
- ½ cawan gula
- ¼ cawan air
Cara-cara membuat karamel:
- Mula-mula, cairkan gula dalam kuali atau periuk sampai bertukar perang.
- Kemudian, masukkan air perlahan-lahan dan kacau sebati.
- Selepas itu, tuang segera ke dalam acuan sebelum keras.
*Tips: jangan terlalu cairkan gula hangus, barulah puding nampak lebih cantik dan berkilat.
Selamat mencuba!
Sumber: Ogy Ahmad
Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














