resepi cucur kembung

Resepi cucur kembung ini sangat mudah dan patut anda cuba. Dengan bahan ringkas yang memang ada di dapur, cucur ini akan ‘kembong’ cantik bila digoreng, gebu di dalam dan rangup di luar.

Kalau makan panas-panas, cicah pula dengan sambal tumis atau kuah kari, memang bertambah selera. Sesuai sangat untuk sarapan ataupun minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Cucur Kucai Udang Geragau Yang Buat Orang Berebut, Guna Bahan Sempoi Saja!

RESEPI CUCUR KEMBUNG GEBU YANG RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

resepi cucur kembung

Bahan-bahan:

  • 600 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 paket yis segera (contoh: Mauripan)
  • 1 sudu kecil gula (untuk bancuh dengan yis)
  • 2 gelas air biasa
  • ½ gelas minyak masak

Cara-cara:

  1. Rendam yis bersama 1 sudu kecil gula dan sedikit air biasa. Biarkan seketiha sehingga yis berbuih/naik.
  2. Dalam satu bekas lain, satukan tepung gandum, air biasa, campuran yis tadi, minyak masak, susu pekat dan gula pasir.
  3. Gaul rata hingga sebati, kemudian perap adunan selama 1 jam sehingga kembang.
  4. Panaskan minyak, goreng cucur dengan api perlahan supaya masak sekata dan kembong elok.
  5. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang panas-panas.

Sumber: Hajah Zainab Bt Mawan

Baca juga: Resipi Cucur Udang Rangup Tanpa Guna Yis, Bila Goreng Berkuping Kerak Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN