sate malaysia

Gerai sate Malaysia di Nanjing, China mencuri perhatian warga tempatan sehingga ia 1,500 cucuk sate habis dijual dalam masa kurang sejam selepas gerai dibuka.

Kisah viral ini bermula apabila pemilik gerai, yang dikenali melalui akaun TikTok @sinwantz, berkongsi video gerainya sambil menjual sate Malaysia di sebuah acara tempatan di Nanjing.

Menerusi video yang dikongsikan, gerai itu mendapat sambutan yang cukup meriah dari warga tempatan di sana.

Apa yang membuatkan gerai tersebut lebih menarik, tukang masaknya lengkap berpakaian tradisional baju Melayu. Penampilan unik ini sekali gus menambah tarikan kepada orang ramai untuk singgah membeli.

Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga!

SATE MALAYSIA LAKU KERAS DI CHINA

Walaupun harga sate dijual sekitar RM10 untuk tiga cucuk, pelanggan tetap sanggup beratur panjang demi merasai kelazatan sate Malaysia.

@sinwantz_

Pukulan Satay malaysia Kita bawakan ke Negeri china. Tahu2 Da Viral Satu Nanjing China dah gais #fyp #sinwantz #foryoupage #china

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

Malah, ada seorang wanita sanggup mencari penjual itu hingga menemuinya, namun malangnya semua sate sudah habis dijual pada malam tersebut. Difahamkan, popularitinya kini terus menjadi bualan hangat di media sosial tempatan.

Selain tampil dengan kelainan, dia jua fasih berbahasa Mandarin. Jadi, pelanggan lebih senang untuk membuat pesanan dan bertanya apa sahaja yang mereka ingin tahu. Itu antara sebab ramai yang tertarik untuk singgah membeli sate daripadanya.

Menariknya lagi, satay yang dijual turut jadi ‘promosi percuma’ untuk Malaysia. Ramai netizen yang menonton videonya berasa bangga dan memuji usahanya kerana berjaya memperkenalkan makanan tradisi kita sampai ke negara China.

Baca juga: Suami Isteri Jual ‘King Crab’ Tepi Jalan Jadi Rebutan, 150 Ekor Licin Dijual Dalam 15 Minit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN