
Kalau sebut pasal ikan bilis, memang banyak cara boleh dimasak. Ada orang suka buat sambal, ada juga yang suka goreng rangup untuk cicah saja.
Tapi kali ni, kita cuba resipi yang simple tapi tetap padu iaitu ikan bilis telur kicap pedas. Menu ini sangat sesuai untuk hari-hari bila kita nak masak cepat. Bahan pun senang cari, dan hasilnya memang membuka selera.
Bayangkan ikan bilis rangup yang digaul bersama kicap, telur goreng dan cili padi, makan pula dengan nasi panas. Memang bertambah nasi dibuatnya!
Tak perlu lauk banyak pun, cukup dengan resipi ringkas ini saja dah boleh buat perut kenyang dan puas hati. Jom kita tengok cara masaknya di bawah.
Baca juga: Resipi Telur Sos Pedas, Masak Guna Bahan Ringkas Tapi Boleh Buat Bertambah Nasi!
RESEPI IKAN BILIS RANGUP DENGAN TELUR KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
- 1 cawan ikan bilis (digoreng rangup)
- 2 biji telur (digoreng sebiji-sebiji)
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dicincang)
- 5–7 biji cili padi (dihiris, ikut tahap kepedasan)
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit air
Cara memasak:
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan sedikit air, garam, perasa dan kicap manis. Didihkan sebentar.
- Masukkan bilis rangup dan telur goreng. Gaul rata hingga sebati dengan kuah kicap.
- Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Sumber: Siti Zaleha Mohd Mujer
Baca juga: Resepi Telur Kurma Buat Satu Keluarga Berselera, Simple Tapi Penuh Dengan Rasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














