penyakit diabetes

Penyakit diabetes bukan lagi masalah orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak kecil juga berisiko mengalaminya. Baru-baru ini, tular kisah seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap diabetes.

Kiisah ini dikongsikan oleh seorang wanita di media sosial ini harus menjadi peringatan buat kita semua. Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun disahkan menghidap diabetes dan beberapa isu kesihatan lain.

Puncanya? Kerana sering makan makanan sejuk beku. Paling menyentuh hati, stok nuget dan sosej itu dibekalkan sendiri oleh ibu bapanya kepada pengasuh, seolah-olah menu harian itu perkara biasa.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade, Lagi Sihat Tanpa Lemak & Bahan Pengawet!

ANAK 3 TAHUN MENGHIDAP PENYAKIT DIABETES AKIBAT MAKAN NUGGET & SOSEJ SETIAP HARI

Menurut pengasuh, ibu bapa kanak-kanak itu menyediakan nuget dan hotdog sebagai menu utama setiap hari, sehingga dia langsung tidak mahu menyentuh nasi.

penyakit diabetes

Walaupun nampak sihat dan comel dengan tubuh yang berisi, realitinya diet hariannya amat membimbangkan.

Tambahan pula, anak itu turut diberikan makanan ringan manis yang langsung tiada nutrisi, membuatkan pengasuh itu sendiri berasa bimbang.

Apabila kesihatan anak terjejas, penyesalan tiada gunanya. Kisah ini tular di media sosial dan mendapat simpati ramai.

Rata-rata netizen bersetuju, punca sebenar bukanlah salah anak, tetapi kecuaian ibu bapa dalam mendidik anak tentang kepentingan pemakanan seimbang.

penyakit diabetes

Oleh itu, kisah ini wajar dijadikan pengaran kepada ibu bapa supaya lebih prihatin dengan apa yang dimakan anak-anak. Pilihan yang dibuat hari ini mungkin akan memberi kesan buruk pada masa depan.

Sumber: Threads

Baca juga: Resipi Sosej Homemade Guna Isi ayam, Lebih Sihat Untuk Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN