roti bakar kopitiam

Kalau sebut sahaja roti bakar kopitiam, ramai yang terus terbayang sarapan pagi dengan aroma kopi panas dan roti yang garing di luar tapi lembut di dalam.  Hidangan ringkas ini tak pernah jemu, sentiasa jadi pilihan dari dulu sampai sekarang.

Tak perlu susah-susah nak keluar kedai, anda boleh buat sendiri saja di rumah. Dengan bahan yang mudah didapati di rumah, anda boleh hasilkan versi homemade yang rasa tak kalah dengan yang dijual di kopitiam.

Baca juga: Roti Hampir Expired? Jom Buat Bingka Roti Bakar Sedap Ini, Baru Tak Membazir!

RESEPI ROTI BAKAR KOPITIAM

roti bakar kopitiam

Bahan-bahan:

– Beberapa keping roti (ikut selera)
– Kaya
Mentega (butter)

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, potong dan buang bahagian kerak di tepi roti supaya nampak lebih kemas dan rasa ala-ala kopitiam.

roti bakar kopitiam

2. Sapukan kaya pada satu bahagian roti dengan rata. Pastikan jangan terlalu nipis supaya lebih terasa bila makan.

3. Letakkan beberapa hirisan butter di atasnya. Butter ini akan cair bila dibakar dan beri rasa lemak berkrim.

4. Susun kepingan roti yang sudah siap dalam loyang atau dulang pemanggang.

roti bakar kopitiam

5. Bakar dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 2 minit sahaja. Cukup sekadar roti jadi garing keemasan.

Sumber: Elina Shuib

Baca juga: Resepi Roti John Simple Inti Sardin, Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Puas Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN