sup ikan

Kalau sebut sup ikan jenahak, memang sedap dibuat lauk makan dengan nasi panas. Isinya lembut, kuahnya pula segar dan ringan.

Bahan yang digunakan untuk memasak pun tak banyak. Sesuai untuk seisi keluarga, dari anak kecil sampai orang dewasa. Memang tak jemu makan!

Baca juga: Resipi Sup Tulang Paling Simple, Gerenti Sedap Macam Dekat Kedai!

RESEPI SUP IKAN JENAHAK

sup ikan

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 paket rempah sup ikan

Bahan sup:

  • 500g ikan jenahak (dipotong sederhana)
  • 1 batang daun bawang (dipotong 2 inci)
  • Garam secukupnya
  • ½ sudu kecil serbuk perasa (optional)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 2 biji limau nipis (diperah jus)

Bahan hiasan:

  • Daun sup (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • 4-5 biji cili padi (biar sebiji atau diketuk)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, serai dan rempah sup ikan sehingga wangi.
  2. Masukkan ikan jenahak, gaul sebentar, kemudian tuangkan air secukupnya.
  3. Biarkan sup mendidih, masukkan sos ikan dan batang daun bawang.
  4. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa jika suka.
  5. Setelah ikan hampir masak, masukkan tomato dan biarkan seketika.
  6. Tutup api, kemudian masukkan cili padi, daun sup dan hirisan daun bawang.
  7. Akhir sekali, perah jus limau nipis sebelum dihidang.

Sumber: Ruzila Sidek

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN