![]()
Bila masuk bulan ogos, lagu patriotik berkumandang, Jalur Gemilang berkibar megah, dan pada tahun ni bagi memeriahkan sambutan Kemerdekaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menganjurkan Peraduan “Teroka Malaysia Bersama PLUS” dimana rakyat Malaysia boleh menang hadiah bernilai RM15,000.
Menarik ye peraduan ni. Hanya dengan travel melalui lebuh raya PLUS, anda berpeluang memenangi hadiah seperti kamera digital, gadjet terkini, kamera gimbal dan baucar kredit Touch ‘n Go eWallet.
Rugi tak turut serta!
Cara nak join pun sangat mudah! Anda cuma perlu ikut langkah-langkah dibawah:-
- Muat turun aplikasi PLUS.
- Masa singgah R&R, hentian sebelah, atau destinasi terpilih dalam aplikasi tersebut, jangan lupa check-in.
- Rakam video kreatif 1 minit dan tunjukkan vibe perjalanan korang.
- Muat naikd di TikTok dengan kapsyen semangat Merdeka & hashtag rasmi #TerokaMalaysiaBersamaPLUS.
Done! Senang kan?

Menurut PLUS, peraduan ini bukan tentang hadiah semata-mata tapi mereka nak jadikan perjalanan lebuh raya kita semua lebih bermakna, penuh kenangan indah, dan dalam masa yang sama kita dapat explore tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan. Malah, ia juga merupakan satu bentuk sokongan kepada kempen pelancongan domestik menuju Visit Malaysia Year 2026.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai sertai peraduan ni, sambil kita tunjukkan rasa cinta pada Malaysia dengan cara paling fun!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














