mee suah chinese style

Sewaktu cuaca hujan atau badan rasa tak berapa sihat, memang puas dapat semangkuk Mee Suah Chinese Style. Setiap hirupan terasa nyaman di tekak, badan pun segar dibuatnya.

Mee Suah merupakan sejenis mi halus dan panjang yang biasanya dibuat daripada tepung gandum. Teksturnya lembut dan cepat masak, jadi ia selalu dibuat sup atau hidangan berkuah.

Resipi Mee Suah Chinese style oleh Nurul Jannah di Facebook ini memang kena dengan selera ramai dan pasti anak-anak sampai ke orang dewasa pun suka. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir

RESIPI MEE SUAH CHINESE STYLE

mee suah chinese style

Bahan-bahan:

  • 2 paket mee suah
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • ½ inci halia (ketuk)
  • 1 biji tomato
  • 1½ kiub pati ayam
  • ½ batang lobak merah
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
  • 1 biji telur
  • Fishcake
  • Udang, kaki ayam dan sotong saiz besar
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang putih dengan minyak bijan sampai keperangan dan naik bau.

2. Masukkan halia dan air mengikut banyak mana kuah sup yang diinginkan, kemudian campakkan kiub pati ayam.

3. Apabila air sudah panas, masukkan kepala udang, rebus sekejap untuk dapatkan rasa manis kuah. Keluarkan kepala udang, kemudian rebus pula udang dan sotong. Toskan dan ketepikan dulu.

4. Masukkan lobak merah, lada sulah, sos tiram dan fishcake. Biarkan masak sekejap, kemudian tuangkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

5. Apabila kuah sudah pekat sikit, masukkan telur, kemudian tomato. Perasakan dengan secubit garam. Kemudian, masukkan semula udang dan sotong yang direbus tadi.

6. Celur mee suah sekejap sampai lembut, angkat dan letakkan dalam mangkuk. Siram kuah sup atas mee, taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Jannah

Baca juga: Mee Kicap Chinese Style Macam Di Kedai, Makan Sepinggan Confirm Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN