
Pernah dengar atau rasa Kek Ambung? Kuih ini ada nostalgia tersendiri, terutamanya bagi mereka yang membesar di kampung dan cara membuat Kek Ambung sangat mudah.
Kek ambung juga dikenali sebagai kek ambon, sejenis kek popular di Malaysia, terutamanya di Kelantan. Paling menarik, ia merupakan antara kek yang paling mudah dibuat di rumah.
Noor Hasmaliza Mohamad telah gunakan resipi Kek Ambung turun-temurun daripada ibunya dan kongsikan hasilnya yang lembut serta gebu di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Lapis Cempedak Beraroma, Harumnya Buat Suami Puji Berbakul-Bakul
CARA MEMBUAT KEK AMBUNG

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk gula
- 1 mangkuk telur (pastikan penuh mangkuk)
- Sedikit esen vanilla
- 1 mangkuk tepung gandum
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul telur dan gula sampai betul-betul gebu dan kembang.
2. Selepas itu, masukkan sedikit esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kemudian kacau secara kaup balik dengan lembut.
4. Seterusnya, bahagikan adunan dan warnakan ikut citarasa masing-masing.
5. Akhir sekali, kukus selama 1 jam. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dihidang!
Walaupun bahan-bahannya ringkas, namun rasanya tetap lembut, gebu dan manis-manis manja. Oleh itu, ia sesuai sangat untuk dijadikan hidangan sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hasmaliza Mohamad
Baca juga: Kek Pandan Cheese Leleh Kukus Versi Mesra Bajet, Wangi Sampai Jiran Ketuk Pintu Nak Resipi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














