
Pernah tak anda perasan ada restoran yang guna istilah “Muslim Friendly” atau “No Pork, No Lard”, walaupun hakikatnya mereka tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)?
Sebenarnya, penggunaan istilah sebegini memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan. Malah, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, ia juga dianggap sebagai satu kesalahan.
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menjelaskan perkara ini melalui sebuah video yang mereka muat naik.
“Muslim friendly dan no pork, no lard adalah sama sekali tidak dibenarkan bagi bukan pemegang SPHM.
“Istilah-istilah ini memberi gambaran bahawa makanan atau perkhidmatan tersebut telah mengikut piawaian halal. Sedangkan tanpa sijil sah daripada pihak berkuasa, tiada jaminan bahawa produk atau perkhidmatan ini mengikut keperluan halal. Sebagai contohnya dari segi aspek bahan mentah, pemprosesan dan juga kebersihan,” katanya.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan
HANYA PEMEGANG SIJIL HALAL DIBENARKAN GUNA ISTILAH “NO PORK, NO LARD”
Dalam video berkenaan, JAIS turut menjelaskan bahawa Akta Perihal Dagangan 2011 melarang penggunaan sebarang istilah atau label yang boleh mengelirukan pengguna. Hanya premis yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sahaja dibenarkan menggunakan istilah tersebut.
“Istilah no pork, no lard yang menekankan ketiadaan khinzir dalam satu produk atau makanan tetapi tidak menekankan bahan-bahan lain seperti alkohol, pencemaran silang atau gelatin yang tidak halal.
“Jadi istilah-istillah ini salah digunakan jika bukan pemegang SPHM kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan juga melanggar peraturan,” katanya lagi.
Oleh itu, umat Islam disarankan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu premis atau produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian atau menikmatinya.
Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
Baca juga: “Along Dah Tak Ada” – Bapa Kongsi Kisah Sedih Anak Meninggal Lepas Minum Air Tin Tak Basuh
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














