resepi cucur udang sedap

Kalau anda cari-cari resepi cucur udang sedap, inilah rahsianya. Cucur ini rangup bila panas dan tetap garing walaupun dah sejuk.

Bila digoreng terus jadi berkuping dengan kerak cantik di sekeliling. Cicah pula dengan kuah kacang atau sos, confirm bertambah selera.

Resepi ini turun-temurun dari empunya resipi, iaitu Puan Nur Amna. Cucur ini memang laku keras kalau buat jualan. Jom kita cuba buat di rumah!

Baca juga: Tip Buat Cucur Jagung Yang Super Rangup, Rahsianya Jangan Bancuh Dengan ‘Air’!

RESEPI CUCUR UDANG SEDAP & RANGUP TANPA YIS

resepi cucur udang sedap

Bahan-bahan:

  • Udang segar secukupnya
  • 1 cawan tepung gandum (ikut banyak sayur, kalau lebih sayur boleh tambah tepung)
  • Kucai (dipotong pendek)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Lobak merah (diparut kasar)
  • Serbuk kunyit (sedikit sahaja)
  • Tauge
  • Air sejuk atau air ais secukupnya (rahsia cucur rangup!)
  • Garam atau serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Satukan tepung gandum dengan serbuk kunyit di dalam bekas besar.
  2. Masukkan kucai, bawang hiris, carrot dan tauge. Gaul rata supaya semua sayur tersalut tepung.
  3. Masukkan air sejuk atau air ais sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga dapat adunan sederhana pekat. Inilah rahsia cucur kekal rangup walaupun sejuk.
  4. Masukkan garam atau serbuk perasa mengikut cita rasa.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Cedok adunan bersama seekor udang di atasnya, kemudian goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Angkat, toskan minyak dan siap untuk dihidang.
  7. Cicah dengan kuah kacang atau sos kegemaran.

Sumber: Nur Amna

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN