makaroni goreng daging cincang

Jika nak makan sesuatu yang ringkas tapi sedap, bolehlah buat Makaroni Goreng Daging Cincang. Bukan sekadar menu harian, malah boleh jadi bekal yang mudah disediakan.

Cara memasak Makaroni Goreng Daging Cincang ini dikongsikan oleh Resepi Eny Abdullah di Facebook dengan langkah yang mudah dan hasilnya cukup menyelerakan.

Baca juga: Makaroni Cheese Bakar Anti Muak, Berkrim Begini Pasti Anak Suka Makan!

RESEPI MAKARONI GORENG DAGING CINCANG

makaroni goreng daging cincang

Bahan-bahan:

  • 200gm macaroni elbow saiz sederhana
  • 1 cawan sayur campur beku (mix vegetables)
  • 300gm daging cincang
  • ½ cawan cheese cheddar parut
  • 4 batang sosej (dipotong nipis)
  • ½ cawan tomato puree
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 4 bawang putih (dicincang)
  • 1 bawang besar (dicincang dadu)
  • ½ cawan minyak zaitun (untuk menumis)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar herba itali kering

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar sampai layu.

2. Masukkan daging cincang dan sayur campur, kemudian masak seketika.

3. Selepas itu, masukkan tomato puri, tomato cincang, sos tiram, sos cili dan herba itali kering.

4. Masukkan macaroni yang telah direbus dan garam secukup rasa, kemudian kacau rata dan goreng seketika.

5. Akhir sekali, masukkan parutan cheese cheddar. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resepi Macaroni Cheese, Bahan Rahsia ‘Ini’ Buat Orang Makan Sampai Licin

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN