
Kalau sebut nasi lemak, mesti kita terbayang nasi yang gebu, wangi santan dan butiran beras yang cantik terlerai. Tapi, rahsia nasi lemak sedap bukan hanya pada santan atau daun pandan, jenis jenis beras pun main peranan besar.
Salah pilih beras, nasi boleh jadi terlalu lembik, patah atau tak tahan lama. Dalam artikel ini, kami akan kongsi beberapa jenis beras yang memang terkenal dan sedap untuk nasi lemak.
Baca juga: Bukan Telur Rebus Saja, Ini 5 Cara Masak Telur Yang Buat Nasi Lemak Lebih Sedap!
JENIS BERAS SEDAP UNTUK BUAT NASI LEMAK

1. Beras Basmathi
Beras basmathi terkenal dengan butiran panjang dan tidak melekat antara satu sama lain selepas dimasak. Bila buat nasi lemak, ia menghasilkan nasi yang ringan, tidak terlalu padat dan nampak cantik berderai. Sesuai untuk yang suka nasi lemak versi lebih “fluffy”.
Kelebihan:
- Nasi berderai dan cantik dihidang.
- Wangi bila dimasak dengan santan dan daun pandan.
- Kurang berkanji, jadi tak mudah basi.
2. Beras Jasmine/Beras Wangi
Beras jasmine atau beras wangi (sering diimport dari Thailand) ada aroma harum semula jadi. Nasi lemak yang dimasak dengan beras ini akan rasa lebih lemak dan lembut. Teksturnya tak terlalu berderai macam basmathi, tapi tetap sedap untuk dimakan dengan sambal pedas.
Kelebihan:
- Aroma semula jadi wangi walaupun tanpa banyak daun pandan.
- Tekstur lembut tapi tidak mudah hancur.
- Sesuai untuk nasi lemak yang dimakan panas atau sejuk.
3. Beras Tempatan Gred Super
Kalau nak jimat tapi masih sedap, beras tempatan gred super pun boleh hasilkan nasi lemak yang mantap. Pilih beras yang bijiannya sekata dan tak banyak beras patah. Bila dimasak dengan teknik betul, hasilnya tetap memuaskan.
Kelebihan:
- Harga lebih murah dan mudah didapati.
- Boleh dikawal kelembutannya ikut sukatan air.
- Sesuai untuk masakan harian atau jualan.
4. Campuran Basmathi & Beras Wangi
Nak dapat tekstur berderai tapi masih lembut? Gunakan campuran basmathi dan beras wangi dalam nisbah 50:50. Cara ini biasa digunakan oleh peniaga nasi lemak untuk hasil yang cantik, wangi dan sedap dimakan.
Kelebihan:
- Gabungan dua tekstur: berderai dan lembut.
- Aroma lebih kaya dan wangi.
- Nasi tahan lama walaupun dimasak awal pagi.
Tip Pilih & Masak Bahan Nasi Lemak Supaya Hasilnya Sempurna
- Cuci beras hingga air basuhan hampir jernih untuk mengurangkan kanji berlebihan supaya nasi tak melekat.
- Gunakan santan pekat & cair. Gabungkan dua jenis santan iaitu pekat dan cair untuk rasa lemak seimbang.
- Tambah sedikit garam & halia. Selain daun pandan, halia boleh bantu nasi tahan lebih lama.
- Jangan guna terlalu banyak air kerana sukatan air berlebihan buat nasi lembik dan hilang bentuk biji.
- Rehatkan nasi selepas masak dan biarkan dalam periuk 10-15 minit sebelum dikacau supaya tak patah biji.
Kalau nak nasi lemak sedap, pilihlah jenis beras yang sesuai dengan cita rasa dan bajet. Untuk hidangan istimewa, beras basmathi atau jasmine takkan mengecewakan. Tapi kalau nak versi harian yang jimat, beras tempatan pun cukup memadai asalkan teknik memasaknya betul.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.
Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.
Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!
Sumber: Che Nom, SirapLimau
Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














