air tin

Ramai antara kita minum terus dari air tin tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Nampak remeh, tapi tabiat ini sebenarnya boleh mengundang bahaya yang tak disangka.

Inilah yang berlaku pada seorang lelaki muda bernama Ikmal Amir, yang pergi buat selamanya hanya beberapa hari selepas meminum air tin yang tidak dicuci.

Baca juga: Wanita Kongsi Detik Cemas Pisau Blender ‘Terpelanting’ Ke Muka, Bahaya Kalau Silap Guna!

LELAKI MAUT SELEPAS MINUM AIR TIN TAK DIBASUH

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, yang juga bapa kepada arwah. Beliau berkongsi kisah panjang mengenai pemergian anak sulungnya yang berlaku pada 17 Julai lalu.

Menurut perkongsian itu, Ikmal yang mesra dipanggil Along, seorang anak yang sihat, ceria dan amat disayangi keluarga.

Pada hari kejadian, dia mendaki bukit bersama rakan-rakan. Semuanya berjalan seperti biasa, penuh semangat, bergambar dan merakam kenangan.

Tiada siapa sangka, hanya beberapa hari selepas itu, Along mula mengalami demam panas dan keadaan kesihatannya merosot dengan cepat.

Dia akhirnya disahkan dijangkiti leptospirosis (kencing tikus). Doktor percaya puncanya adalah dari air tin yang diminum tanpa dibasuh. Permukaan tin dipercayai telah tercemar dengan kuman berbahaya.

Jadikan ini satu pengajaran. Air tin mungkin nampak bersih, tapi kita tak tahu apa yang ada di luar permukaannya. Pastikan ia dibasuh terlebih dahulu sebelum diminum. Ia nampak remeh, tapi sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa!

Sumber: Facebook Mohd Azizuddin Aziz

Baca juga: 50 Tahun Disangka Halal, Rupanya Restoran Ayam Goreng Terkenal Di Indonesia Ini Guna Minyak Babi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN