resepi cakoi simple

Kalau tercari-cari resepi cakoi simple tanpa yis, inilah cara paling mudah yang boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahannya ringkas dan tak perlu tunggu doh naik terlalu lama.

Rasanya tetap rangup di luar dan lembut di dalam walaupun tanpa yis. Tekniknya pun tak rumit, cuma perlu uli sampai doh licin dan rehatkan sekejap dalam peti sejuk. Jom cuba!

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

RESEPI CAKOI SIMPLE TANPA YIS

resepi cakoi simple

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.
  2. Setelah diayak, masukkan gula dan garam.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Apabila doh sudah licin, sapukan sedikit minyak pada doh, masukkan ke dalam bekas atau plastik, kemudian simpan dalam peti ais selama sejam.
  5. Selepas sejam, keluarkan doh dan biarkan pada suhu bilik. Uli semula doh dan boleh mula dibentuk.
  6. Panaskan minyak sebelum mula menggoreng.
  7. Goreng cakoi sehingga keemasan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber resipi dan gambar: Syaz Amira

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN