ayam rempah

Seorang peniaga nasi bajet ayam rempah bernama Puan Rohana Mat Ramli berkongsi resipi ayam yang menjadi menu jualannya setiap hari.

Ayam goreng berempah ini bukan sahaja sesuai dijadikan lauk untuk nasi bajet, malah sedap juga dimakan bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi kukus. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Butter Paling Padu, Kuah Pekat Lemak Berkrim Sampai Menjilat Jari!

RESEPI AYAM REMPAH

ayam rempah

Bahan-bahan kisar:

  • *Segenggam cili kering kisar
  • *10 batang serai (dipotong kasar)
  • *2 labu bawang putih
  • *3 biji bawang besar
  • *1 ketul besar halia
  • *Sedikit lengkuas

Bahan-bahan lain:

  • 2 senduk serbuk kari
  • Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
  • 1 pek kecil tepung jagung
  • Setengah biji kelapa parut (untuk rasa lemak dan kerak berempah yang rangup)
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Daun kari secukupnya

Bahan sangai dan kisar kasar:

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) iaitu cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan serai hingga agak halus. Kalau suka tekstur rempah yang lebih kasar, kisar jangan terlalu lumat.
  2. Bahan seperti ketumbar, jintan manis dan jintan putih disangai terlebih dahulu (goreng tanpa minyak dalam kuali hingga naik bau), kemudian kisar kasar. Langkah ni penting untuk naikkan aroma rempah.
  3. Satukan bahan kisar, serbuk kari, kunyit, gula, garam, kelapa parut, tepung jagung, telur dan daun kari dalam satu bekas besar. Masukkan juga rempah sangai yang telah dikisar. Gaul rata sehingga menjadi pes rempah yang pekat dan melekat.
  4. Masukkan potongan ayam ke dalam pes rempah tadi. Gaul rata hingga ayam bersalut sepenuhnya. Perap sekurang-kurangnya 1-2 jam, tapi kalau ada masa lebih, perap semalaman dalam peti sejuk untuk rasa rempah yang lebih meresap.
  5. Panaskan minyak yang cukup banyak dalam kuali. Bila minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan. Guna api sederhana supaya ayam masak sekata dan tak hangus luar saja.

Sumber: Rohana Mat Ramli

Baca juga: Resepi Ayam Masak Madu Melekit Pekat Berkilat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN